SOCRATES

Author: Unknown /




SOCRATES

Riwayat Hidup

Nama: Socrates 
Asal:  Athena, Yunani 
Ayahnya: Sophroniscus seorang pengukir dan pemahat patung batu (stone mason)
Ibunya: Phaenarete seorang bidan.
Tarikh Lahir: 469/470 SM di Deme Alopece, Athena.
Tarikh Meninggal Dunia: 399 SM (lingkungan 71 tahun)
Sebab Meninggal Dunia: Dihukum mati dengan dipaksa meminum sejenis racun Hamlock.
Isterinya:  Xanthippe
Anak-anaknya: Menexenus, Lamprocles dan Sophroniscus. 
Pendidikan: Beliau mendapat pendidikan awal di Athena. 

            Pada awalnya, beliau bukanlah seorang ahli falsafah tetapi dengan terjadinya peristiwa muncul suara ghaib yang didengar oleh rakannya dari Oracle Delphi yang menyatakan bahawasanya Socrates adalah orang yang paling bijak dan tiada sesiapa dapat menandinginya. Tetapi, Socrates menafikan suara ghaib tersebut lalu dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan orang-orang yang dianggap bijak oleh masyarakat Athena pada ketika itu serta membincangkan berbagai masalah kebijaksanaan. Namun, orang-orang yang dianggap bijak pandai dalam masyarakat Athena tidak dapat menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh Socrates. Akhirnya, beliau mengiyakan suara tersebut bahawa dirinya seorang yang bijak kerana merasakan dirinya tidak bijak, sedangkan mereka yang dianggap bijak pada dasarnya langsung tidak mengetahui apa-apa. Disebabkan peristiwa itu, Socrates tidak disenangi oleh golongan aristokrat yang kebanyakannya daripada golongan yang berpegang pada ajaran Sophisme.Golongan Sophist  ini mula merasa tergugat kerana timbulnya fahaman baru yang dibawa oleh Socrates kononnya telah merosakkan fikiran generasi muda .Tambahan pula,beliau merupakan seorang yang berhati mulia dan amat disenangi oleh masyarakat sekeliling.Oleh kerana rasa sakit hati golongan Sophist terhadap Socrates mereka telah memfitnah dan menghasut golongan aristocrat supaya menjatuhkan hukuman mati kepada Socrates. Akhirnya Socrates meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun jenis Hamlock.
            Socrates merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkemuka di Yunani. Beliau juga pernah dilantik sebagai mahaguru di Athena untuk mengajarkan ilmu falsafah. Filasafat Socrates mempunyai 2 orang anak murid yang hebat dikenali sebagai Plato dan Xenophone. Selain itu, Socrates merupakan pengasas ilmu akhlak. Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan karya tulisan melainkan sumber pemikiran beliau diceritakan di dalam karya anak muridnya sendiri, Plato.  Terdapat 2 karya Plato yang kebanyakannya berbentuk dialog yang menggambarkan Socrates iaitu The Apology of Socrates dan Phaedrus. Dalam karya tersebut, Plato menggunakan nama Socrates sebagai tokoh utama dan hanya menukil nama beliau sebanyak 3 kali di dalam buku beliau.
           

Falsafah Socrates



Di dalam ilmu mantik yang dibawa oleh Socrates, beliau banyak menggunakan logik akal dan pemikiran yang benar khususnya ketika memikirkan tentang fenomena alam dan cakerawala.

Kebenaran

Ajaran bahawa semua kebenaran itu relatif telah menggoyahkan teori-teori sains yang mapan menggoncangkan keyakinan dalam agama. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kebingungan dan kekacauan terhadap keyakinan agama dalam masyarakat. Seterusnya beliau membuat kesimpulan bahawa adanya Pencipta mutlak. Untuk itu, Socrates harus bangkit untuk menyedarkan dan meyakinkan masyarakat Athena bahawa tidak semua kebenaran yang umum dapat dipegang oleh semua orang kerana sebahagian kebenaran memang relatif. Beliau berusaha menyeru masyarakat supaya mempercayai kewujudan hanya satu tuhan.

Keadilan

keadilan adalah melaksanakan apa yang menjadi fungsi/pekerjaan sendiri sebaik-baiknya tanpa mencampuri fungsi/pekerjaan orang lain (the practice of minding one’s own bisuness). Keadilan akan datang sekiranya melakukannya secara baik bersesuaian dengan kemampuan dan kerjasama dan keserasian sesuatu kelompok. Berdasarkan rumusan Socrates tentang adanya kesejajaran antara cara hidup atau jenis manusia dan jenis masyarakat, beliau membezakan jenis manusia (jiwa manusia dan cara hidup) kepada tiga, iaitu;
  • akal budi, 
  • semangat 
  •  nafsu. 
Ketiga-tiga jenis itu akan mencapai tahap klimaksnya di bawah kawalan akal budi dan kemudian keadilan dalam masyarakat akan wujud apabila masyarakat melakukan secara baik bersesuaian dengan kemampuan dan dengan arahan dari akal budi. Manakala, Socrates membahagikan kategori masyarakat kepada tiga kelas iaitu;
  • Pedagang yang bekerja mencari mencari wang sebanyak-banyaknya (nafsu). 
  • Prajurit yang bekerja memelihara tata masyarakat (semangat) 
  • Filosof yang berfungsi sebagai penguasa (akal budi).
Keberanian

Hal ini terbukti apabila beliau pernah menyertai peperangan di Athena. Semasa di medan peperangan beliau 
menjadikan keberanian sebagai keutamaan untuk menghadapi pihak lawan. Selain itu, beliau juga berani mempertahankan kebebasan berfikir dan keagungan kebenaran sehingga  nyawanya sendiri tergadai. Hal ini dapat dilihat ketika zamannya telah lahir golongan Sufustai’yyun yang membawa konsep penilaian baik serta buruk itu melalui pancaindera dan akal pemikiran semata-mata. Namun, falsafah Socrates amat bertentangan sekali dengan golongan Sufustai’yyun. 


Teori Socrates

Dialektika

Teori Dialektika merupakan sebuah teori komunikasi yang menyatakan bahawa hidup berhubungan dicirikan oleh ketegangan-ketegangan atau konflik di antara individu. Konflik tersebut terjadi ketika seseorang mencuba memaksakan keinginannya terhadap sesuatu yang lain. Menurut pendapat Socrates ada kebenaran objektif yang tidak bergantung pada sesiapapun. Ini adalah pusat permasalahan yang dihadapi oleh Socrates. Untuk membuktikan adanya kebenaran objektif, Socrates menggunakan metod tertentu. Metod itu bersifat praktikal dan dijalankan melalui percakapan dan perbincangan. Metod ini menganalisis pendapat tentang sesuatu samada benar atau tidak benar. Dialektika bererti bercakap-cakap dan berdialog. Metod Socrates dinamakan Dialektika kerana  dialog merupakan unsur-unsur utama dan mempunyai peranan penting di dalamnya. Plato, iaitu anak murid kepada menyedari bahawa setiap masalah-masalah sukar yang dihadapi manusia tidak mungkin ada jalan penyelesaian yang sempurna. Oleh sebab itu, karya-karya penulisan beliau banyak terhasil dalam bentuk dialog dan perbualan. Kerumitan masalah kebenaran memerlukan kebebasan yang lebih luas, yang mungkin hanya terdapat di dalam pemikiran dialektika. Menurut Plato, dialektika ini adalah unsur penting yang harus ada dalam pemikiran falsafah. Namun, bagi kita masyarakat yang sudah biasa menggunakan definisi kemungkinan merasakan definisi itu bukanlah sesuatu yang penting, jadi ia bukanlah satu penemuan yang berharga untuk kita. Akan tetapi bagi Socrates, penemuan definisi pada waktu itu bukanlah kecil maknanya. Penemuan inilah yang akan dihentamkannya kepada relatifisme kaum Sophis. Hal ini adalah kerana orang Sophis beranggapan bahawa semua pengetahuan adalah relative kebenarannya dan tidak ada pengetahuan yang bersifat umum. Dengan definisi itu, Socrates dapat membuktikan kepada orang Sophis bahawa pengetahuan yang umum itu adalah definisi. Jadi orang Sophis tidak semuanya benar. Yang benar ialah sebahagian pengetahuan bersifat umum dan sebahagian bersifat khusus.  Keperluan terhadap Dialektika bermula dengan sikap seseorang yang ingin memahami dirinya dan kemudian melahirkan perasaan betapa perlunya membuat jangkaan awalan (presupposition) terhadap sesuatu idea. Jangkaan ini merupakan sebarang andaian yang bersifat rasional ke atas sebarang pandangan yang didukung. Soal jawab yang dilakukan meningkat dan mendalam akan melahirkan fikiran yang kritis. Dalam mencari kebenaran, Socrates menggunakan hobinya, yakni dengan bertanya. Beliau akan bertanya kepada sesiapa, kemudian memahami dengan baik setiap pertanyaan yang beliau ajukan. Kaedah ini dikenali sebagai metod induksi dan definisi. Induksi menjadi dasar definisi. Induksi yang dimaksudkan oleh Socrates ialah dengan membandingkan secara kritis. Material yang dibandingkan adalah hasil daripada pertanyaan-pertanyaan yang telah beliau kumpulkan. Menurut Socrates lagi, orang yang berpengetahuan dengan sendirinya mempunyai budi yang baik. Apabila budi adalah tahu, seseorang akan membuat keputusan yang benar, manakalajahatnya orang yang tidak mengetahui kerana salah menilai dan membuat sesuatu keputusan. Namun, jika dilihat pada era globalisasi, ternyata tidak hanya yang tidak tahu itu jahat, bahkan yang tahu itu boleh menjadi lebih jahat daripada yang tidak tahu kerana mereka boleh memanipulasi dan mencari helah daripada apa yang mereka ketahui. Justeru itu, kejahatan dari orang-orang yang berpengetahuan inilah yang lebih bahaya. 


Retorika

Retorika atau dalam bahasa inggerisnya rhetoric berasal dari bahasa Latin rhetorica yang bererti ilmu bicara. Menurut Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, mereka mendefinisikan retorika sebagai The Art of Using Language Effectively atau seni penggunaan bahasa secara efektif. Pengertian tersebut menunjukkan bahawa retorika mempunyai pengertian sempit iaitu mengenai bicara dan pengertian luas iaitu penggunaan bahasa, lisan dan juga tulisan. Oleh sebab itu, ada sesetengah orang yang mengertikan retorika sebagai public speaking atau berpidato di depan khalayak ramai dan banyak juga yang beranggapan bahawa retorika bukan hanya bererti pidato di depan umum, tetapi juga termasuk seni menulis.  Berkaitan dengan sejarah wujudnya retorika, ahli falsafah berpendapat bahawa retorika sudah wujud sejak manusia ada. Akan tetapi, retorika yang lebih khususnya ialah seni dalam berbicara yang sudah dipelajari mulai abad ke-5 S.M ketika kaum Sophis mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mengajarkan pengetahuan mengenai politik dan pemerintahan dengan memberi penekanan terutamanya pada kemampuan berpidato. Menurut kaum Sophis, pemerintah haruslah berdasarkan suara majoriti atau demokrasi sehingga perlu adanya usaha memujuk rakyat demi meraih kemenangan dam pemilihan-pemilihan. Maka bermulalah perkembangan dalam seni berpidato yang membenarkan kenyataan diputar belitkan kebenarannya demi mencapai tujuan. Retorika menjadi bertmabah penting pada negara-negara kota yang mengamalkan oligarki dan demokrasi menjalankan pemerintahan sendiri. Lembaga utama dalam sistem ini adalah majlis, tempat hukum atau undang-undang dibuat, dan pengadilan yang merupakan tempat hukuman dilaksanakan dan dipraktikkan. Warga kota, golongan bangsawan dan rakyat jelata harus belajar berbicara dan berhujah dengan baik supaya dapat melindungi kepentingan mereka di majelis dan di pengadilan. Kecekapan berbicara dan berhujah menjadi aspek penting dalam politik. Situasi itu mendorong terbitnya buku pedoman berpidato yang pertama,sementara latihan berpidato banyak diselenggarakan. Semua ini dirakam dalam sebuah pecahan dari karya Aristotles yang hilang. Kaum sophis juga berpendapat bahawa manusia adalah ‘makhluk yang berpengetahuan dan berkemahuan’. Manusia mempunyai penilaian sendiri mengenai baik atau buruknya sesuatu perkara dan mempunyai nilai-nilai etikanya yang tersendiri. Oleh kerana itu, kebenaran sesuatu pendapat hanya dapat dicapai apabila seseorang dapat menerangkan pendapatnya terhadap orang lain yang berbeza pendapat dengannya. Jadi, tidak hairanlah sekiranya masyarakat Yunani melatih diri mereka untuk memperoleh kemahiran dalam berbicara sehingga inti pembicaraan berubah dari tujuan untuk mencari kebenaran kepada mencari kemenangan. Tokoh aliran sophisme ini ialah Georgias (480-370 S.M) yang dianggap sebagai guru retorika yang pertama dalam sejarah manusia. Filsafat mazhab sophisme ini dicerminkan oleh Georgias yang menyatakan kebenaran sesuatu pendapat hanya dapat dibuktikan jika mencapai kemenangan dalam pembicaraan. Walaubagaimanapun, Phytogoras (500-432 S.M) dan Socrates (469-399 S.M) berbeza pendapat dengan apa yang dikatakan oleh Georgias. Phytogoras berpendapat bahawa kemahiran berbicara bukan sahaja demi kewangan melainkan demi keindahan bahasa. Sedangkan bagi Socrates pula retorika adalah cara untuk mencari kebenaran dengan menggunakan teknik berdialog kerana dengan berdialog kebenaran akan timbul dengan sendirinya. Ini dapat dibuktikan dalam Gorgian, dialog Plato yang paling kelewat batas,Socrates begitu memandang hina retorika yang dipraktikkan di Athen sehingga tiada seorang pun dari muridnya yang mahu memanfaatkannya. Socrates juga mengatakan kepada Gorgian yang merupakan salah seorang guru pidato termahsyur di zamannya bahawa retorika bukanlah pencarian seni, melainkan pertunjukan dari golongan bangsawan. Socrates juga mnyimpulkan para pemidato “seperti para penyair” yang memuaskan rakyat, namun mengorbankan nasib orang kebanyakan demi kepentingan diri sendiri. Seandainya ia berasal dari tokoh yang kurang dihormati, maka pidato tersebut tentu akan dicap sebagai hasutan antidemokrasi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, Socrates tidak bersetuju dan tidak gemar menyelesaikan sesuatu masalah dan perkara dengan bepidato, tetapi beliau lebih suka menggunakan teknik berdialog antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment